Mizwalah Rehal ini adalah yang pertama di dunia dan telah dibina pada 2022 untuk masjid An Najihin di Melaka, Malaysia.

Mizwalah Rehal ini berasaskan konsep rehal dan qalam. Secara tradisinya, sesebuah rehal digunakan dalam budaya Islam untuk meletakkan naskah Al-Quran atau apa kitab untuk dibaca. Qalam atau Pena bulu pula merupakan sebuah alat tulis tradisional yang juga boleh digunakan untuk menjadi penunjuk bagi membaca teks.

Gnomon berbentuk pena bulu untuk menghasilkan bayang.

Bayang gnomon akan jatuh atas rehal dan waktu dan tarikh dapat dibaca.


Tiga Dalam Satu

Mizwalah rehal ialah tiga jam matahari yang direka dalam sebuah binaan:

Jam Matahari bercondong ke Barat. Menunjukkan waktu pagi dari 0800 hingga 1205, 2.5 jam selepas waktu solat Subuh dan 1.5 jam selepas matahari terbit.

Jam Matahari Mendatar. Menunjukkan 1230 hingga 1400 jam dan waktu solat zohor.

Jam Matahari bercondong ke Timur. Menunjukkan waktu petang dari 1415 hingga 1830 jam, waktu solat Asar, 1.5 jam sebelum matahari terbenam (solat Maghrib) dan 2.5 jam sebelum waktu solat Isyak.

MAKLUMAT DIBERIKAN


LOKASI MIZWALAH REHAL